Polis dan pasukan penyiasat menemui beberapa lubang kecil dipercayai kesan tembakan di sebuah bangunan kira-kira 100 meter dari lokasi bekas pemimpin Shinzo Abe ditembak.<br /><br />Menurut laporan media tempatan NTV, penemuan itu selepas suspek memberitahu polis, dia membuat ujian tembakan menggunakan pistol buatan sendiri di bangunan tersebut.